Era Digital – Masa depan peniaga mikro semakin malap?

Perasaan “takut” terhadap teknologi digital juga menjadi faktor kenapa peniaga mikro masih menggunakan cara lama dan manual dalam menguruskan perniagaan mereka.

Peniaga mikro menyumbang kepada hampir 70% daripada keseluruhan perniagaan berdaftar di Malaysia. Peniaga mikro ialah usahawan tempatan yang pendapatan tahunan perniagaan mereka kurang dari RM300,000. Pada pengamatan saya, masa depan peniaga mikro semakin kelam di era digital ini.

Pada asasnya, sesuatu perniagaaan wujud kerana terdapat permintaan untuk barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan tersebut. Kejayaan perniagaan bergantung kepada sejauh mana peniaga tersebut memahami dan dapat memenuhi kehendak pelanggan mereka.

Menurut kajiselidik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 2015, penggunaan teknologi digital oleh penduduk Malaysia semakin meningkat. 84.3% menggunakan social media, manakala 79.6% menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat berkenaan barangan dan perkhidmatan sebelum mengambil keputusan untuk membuat sebarang pembelian. Data ini menunjukkan kita bukan sahaja semakin selesa dengan teknologi digital malah bergantung kepadanya untuk memenuhi keperluan harian kita. Fenomena yang merisaukan saya adalah semakin kita (pelanggan) giat menggunakan ICT, hanya kurang daripada 20% peniaga mikro menguna-pakai teknologi digital dalam menjalankan perniagaan mereka.

Lain pula ceritanye dengan syarikat-syarikat besar. Menyedari kecenderungan pelanggan lebih tertumpu kepada penggunaan teknologi digital dalam membuat keputusan pembelian mereka, banyak syarikat gergasi membuat pelaburan besar dan berterusan untuk mendominasi dunia digital dan mengukuhkan perniagaan mereka.

Masih adakah masa depan untuk peniaga mikro? 

Sebelum kita memandang jauh kehadapan, saya rasa elok kita teliti hakikat yang dihadapi oleh peniaga mikro berkaitan adaptasi teknologi digital dalam perniagaan mereka. Menurut En. Saifol Bahri, Timbalan CEO SME Corp, halangan terbesar untuk peniaga mikro mengguna-pakai teknologi digital dalam perniagaan mereka adalah diri mereka sendiri. Peratusan peniaga mikro yang yakin dan percaya bahawa teknologi digital mampu menjadikan mereka usahawan yang berjaya adalah sangat kecil sekali. Ini menyebabkan mereka tidak ambil kisah atau peduli terhadap perubahan rancak yang sedang berlaku di era digital sekarang.

Perasaan “takut” terhadap teknologi digital juga menjadi faktor kenapa peniaga mikro masih menggunakan cara lama dan manual dalam menguruskan perniagaan mereka. Pengeluar perisian perniagaan (business software vendors) juga harus dipersalahkan di dalam isu ini kerana mereka masih mengeluarkan software yang terlalu kompleks dan tidak mudah diuruskan tanpa kemahiran digital yang mencukupi. Ini tambah membebankan peniaga mikro untuk menggunakan perisian tersebut dalam menguruskan operasi harian perniagaan mereka.

Kekangan kos yang agak tinggi juga menjadi penyebab kenapa peniaga mikro menjauhkan diri dari teknologi digital. Kos permulaan yang kadang kala menjangkau sehingga RM8,000 memeningkan kepala kebanyakkan peniaga mikro. Dengan perkembangan cloud technology yang membolehkan perniagaan melanggan aplikasi digital serendah RM1,000 hingga RM1,800 setahun per aplikasi, sedikit sebanyak memudahkan peniaga mikro berjinak-jinak dengan teknologi digital.

VNiaga-Rakan Kejayaan Perniagaan Anda

Apa yang pasti ialah gelombang era digital sedang dan akan terus mengubah cara kita sebagai pengguna membuat keputusan berkenaan barangan dan perkhidmatan yang kita perlukan. Sebagai seorang usahawan kita kini sampai di sebuah persimpangan; sama ada meneruskan cara lama menjalankan perniagaan kita dan berharap gelombang digital tidak akan melemaskan kita atau memberanikan diri menggunakan teknologi digital dalam menguruskan perniagaan kita.

Mungkin ini waktu yang sesuai untuk saya berkongsi sesuatu yang saya pelajari lama dahulu, “Digital innovation is an opportunity first and foremost, but also a threat if not embraced.” Kita sebagai seorang usahawan masih mempunyai masa (walaupun semakin singkat) untuk bukan sahaja “survive” tetapi lebih berjaya di era digital jika kita bijak menjadikan teknologi digital sebagai kawan dan bukannya lawan.

Sama ada anda sudah menggunakan teknologi digital dalam perniagaan anda ataupun selesa menjalankan perniagaan tanpa aplikasi digital, silalah berkongsi pengalaman dan pendapat anda untuk renungan kita bersama 🙂

Share this post!

You Might Also Like

4 Replies to “Era Digital – Masa depan peniaga mikro semakin malap?”

  1. Zaman sekrang orang cuma nak cara cari duit cepat jek..so how to go about ialah dengan secara online. Jadik peniaga2 lejen ni semua makin malap la business nya unless diaorg ada kedai secara virtual gak…so both go together. Rasanya mcm tu je kot boleh maju zaman skrg ni.

    1. Tepat sekali!
      Zaman sekarang kita tak boleh only focus offline business je…kena cari kaedah bagaimana kita juga boleh menjana pendapatan melalui kaedah digital.
      Paling bijak jika kita dapat practice O2O (Offline to Online & Online to Offline) dalam perniagaan kite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *