Amalkan 8 aspek kehidupan ini untuk perancangan 2019 anda

Kita kini di penghujung 2018 dan akan menjejak kaki ke 2019
tidak lama lagi. Adakah anda teruja menanti 2019?

Kebiasaannya, bulan Disember adalah masa yang paling sesuai
untuk kita meluangkan sedikit waktu mengimbas kembali aktiviti dan pencapaian
sepanjang tahun ini. Proses ini bukan sahaja membolehkan kita menilai sejauh
mana keberkesanan perancangan kita malah menjadi asas kepada perancangan dan
objektif untuk 2019.

Lumrahnya, sebagai seorang usahawan, perancangan tahunan kita
kebanyakkannya tertumpu kepada perniagaan kita. Berapa target sales untuk tahun
hadapan, berapa target keuntungan, berapa ramai customer baru kita nak cari,
mana pasaran baru dan sebagainya. Memang kesemua tadi amat penting kepada kelangsungan
perniagaan kita dan perlukan perhatian kita. Kalau boleh, biarlah perancangan
tahun 2019 anda turut merangkumi aspek kehidupan seimbang yang lain seperti
Kewangan, Keluarga, Perhubungan, Fizikal, Gaya Hidup, Kerohanian dan Mental
(Roda Kehidupan Seimbang) 😊

Disini saya kongsikan sedikit contoh perancangan aspek
kehidupan yang seimbang:

Aspek Kehidupan Perancangan
Kewangan
(Berkaitan duit)
+ Langsaikan semua hutang kad kredit
+ Buka akaun ASB/Simpanan tetap
Keluarga + Pergi ke 1 percutian bersama keluarga
+ Anak sulung melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Perhubungan + Makan malam sekali sebulan bersama isteri/suami
+ Sesi santai dengan kawan sekolah setiap 3 bulan
Fizikal + Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
+ Menurunkan berat badan sebanyak 10kg
Gaya Hidup
(aktiviti yang anda minati)
+ Membeli belah fesyen terkini setiap 6 bulan sekali
+ Bermain golf setiap bulan
Kerohanian + Menyumbang kepada rumah anak-anak yatim
+ Menjalankan ibadah umrah
Mental
(mempelajari sesuatu yang baru)
+ Belajar bertutur dalam Bahasa Cina
+ Belajar membuat kek

Kesemua di atas hanyalah sebagai panduan sahaja. Silalah
tambah sebarang aspek kehidupan lain yang penting kepada anda di dalam
perancangan tahunan anda. Semoga 2019 akan menjadi tahun yang terbaik untuk
anda!

Salam Sukses.

Share this post!

You Might Also Like

8 Replies to “Amalkan 8 aspek kehidupan ini untuk perancangan 2019 anda”

  1. Do you have a spam issue on this website; I also am a blogger,
    and I was curious about your situation; many of us have created some nice practices and we
    are looking to trade strategies with other folks, be sure to shoot me an email if interested.

  2. I’m really loving the theme/design of your blog. Do you ever
    run into any web browser compatibility issues? A handful of my blog
    visitors have complained about my blog not operating correctly in Explorer but looks great in Chrome.
    Do you have any ideas to help fix this issue?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *